Rekabentuk dan pembangunan Boeing T-7 Red Hawk

Markas Latihan dan Pendidikan Udara (AETC) mula membangunkan keperluan untuk mengantikan pesawat Northrop T-38 Talon seawal tahun 2003. Asalnya, pengantian pesawat ini dijangka akan memasuki perkhidmatan sekitar tahun 2020. Sebuah kemalangan pesawat T-38C yang membabitkan kegagalan telah membunuh dua orang juruterbang pada tahun 2008 dan tarikh sasaran kemudian diawalkan ke tahun 2017.[2] Dalam cadangan belanjawan tahun kewangan 2013, tentera udara AS mencadangkan untuk melewatkan kemasukan pesawat ini ke tahun 2020 di mana anugerah kontrak tidak akan dibuat sebelum tahun 2016.[3] Kekangan belanjawan dan keutamaan projek-projek pemodenan yang lebih penting menolak kembali kemasukan pesawat penganti dalam program T-X ke tahun kewangan 2023 atau 2024. Walaupun belanjawan program ini dalam tahun kewangan 2014 dimansuhkan, keperluan pesawat latihan masih dilihat sebagai satu keutamaan.[4]

Dengan kerjasama sekutunya iaitu Saab,[5][6] cadangan Boeing dalam persaingan ini adalah Boeing T-X, sebuah pesawat latihan termaju berenjin tunggal dengan sepasang sirip ekor, tempat duduk tandem, dan giar mendarat beroda tiga boleh ditarik masuk. Model demonstrasi pesawat memaparkan sebuah enjin kipas turbin General Electric F404.[7]

Boeing mendedahkan pesawatnya kepada umum pada 13 September 2016.[8] Pesawat T-X pertama diterbangkan pada 20 Disember 2016.[9][10]

Pada 27 September 2018, rekabentuk dari Boeing secara rasminya diumumkan sebagai pesawat latihan lanjutan Tentera Udara A.S bagi mengantikan T-38 Talon. Sejumlah 351 buah pesawat, 46 buah penyelaku, latihan penyelenggaraan dan sokongan akan dibekalkan pada kos program sebanyak AS$9.2 bilion.[11][12][13][14]

Satu foto publisiti oleh Tentera Udara A.S. menunjukan T-7A Red Hawk dengan liveri ekor berwarna merah

Pada bulan Mei 2019, Saab telah mengumumkan bahawa ia akan membuka sebuah pusat pengeluaran di Indiana, A.S. dengan kerjasama Universiti Purdue.[15][16]

Pada 16 September 2019, Tentera Udara A.S secara rasmi menamakan pesawat ini sebagai "T-7A Red Hawk" sebagai satu penghargaan kepada Tuskegee Airmen, yang mana telah mengecat sirip ekor pesawat mereka dengan warna merah, dan kepada Curtiss P-40 Warhawk, salah sebuah pesawat yang diterbangkan oleh Tuskegee Airmen.[17][18]

Boeing berniat untuk membangunkan sebuah versi bersenjata pesawat T-7 bagi mengantikan armada pesawat Northrop F-5 dan Dassault/Dornier Alpha Jet di seluruh dunia.[19]

T-7 mula memasuki fasa pengeluaran pada bulan Februari 2021.[20]

Rujukan

WikiPedia: Boeing T-7 Red Hawk http://www.airforcetimes.com/article/20130515/NEWS... http://www.avweb.com/avwebflash/news/BoeingSaab-T-... http://www.boeing.com/features/2016/09/tx-rollout-... http://breakingdefense.com/2017/02/boeing-takes-t-... http://www.flightglobal.com/articles/2010/06/22/34... http://www.flightglobal.com/news/articles/usaf-del... http://boeing.mediaroom.com/Boeing-and-Saab-Sign-J... http://saabgroup.com/globalassets/corporate/news--... https://www.avweb.com/aviation-news/military-aviat... https://www.avweb.com/avwebflash/news/Air-Force-Se...